PERKASA PORT DICKSON

Friday, April 16, 2010

Istilah "MELAYU"

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja. Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Saturday, April 10, 2010

Tujuh Wasiat Raja Raja Melayu

Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :

* Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

* Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

* Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Tuesday, April 6, 2010

Sejarah Penubuhan PERKASA

PERKASA

Secara ringkas tujuan penubuhan Perkasa ialah untuk menyediakan landasan bagi kaum peribumi untuk menegakkan hak2 mereka tanpa mengira fahaman politik. Perkasa akan bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu2 semasa yang membabitkan pribumi e.g soal kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dll.

Cadangan nama asal “Pertubuhan Pribumi Perihatin (PERIHATIN)” telah diubah kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) setelah ada yang hadir mengatakan nama PERIHATIN telah pun digunakan oleh pertubuhan terdahulu.

Di akhir majlis, Dato’ Ibrahim Ali telah dilantik sebagai Presiden dan Dato’ Fuad Hassan sebagai Timbalan Presiden pro-tem committee sehingga lah mesyuarat agung pertama diadakan dalam masa sebulan.

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Selain daripada Sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, sejarah Melayu baru belum sempat merasai nikmat kebangitan tamadunnya yang panjang semenjak mencapai kemerdekaan. Gagasan penjajahan yang memaksa bangsa itu menerima hakikat kompromi sosio-ekonomi-politik, kini mulai merasakan kesan hubungan yang akan menjadi corak kestabilan Malaysia.

1.2 Pribumi berkeyakinan “kompromi paksaan” itu tidak wajar meleburkan hak dan identiti bangsa teras sebagai pra-syarat muafakat bangsa Malaysia baru. Corak perubahan kuasa pribumi akibat persaingan sengit politik yang mengatasi semangat permusyawarahan, merungkai kekuatan teras bangsa ini sehingga bakal menjadi serpihan-serpihan pribumi yang lemah dan hilang kuasa tawar menawar.

1.3 Fenomena penjajahan bentuk baru datang pula menyergah dengan memaksakan liberalisasi dan globalisasi disaat belum pun sempat bangsa pribumi ini memperkukuhkan sendi-sendi Agama, ekonomi, budaya, nilai dan jatidirinya. Kewujudan talibarut penjajah baru di kalangan pribumi sendirilah yang mempengaruhi pemikiran generasi baru Melayu kearah pemikiran global dan universal sehingga hilang “rasa bangsa” dan “rasa agama” serta beradat budaya sendiri. Kaum-kaum pendatang kemudiannya, yang memiliki akar-umbi kuat dari tamadun negara asalnya, dalam kebebesan dan kepelbagaian Malaysia, terus rakus mempastikan penaklukan ekonomi dan seterusnya mencabar kuasa politik prinbumi yang menjadi satu-satunya tunggak kestabilan Negara.

1.4 Tidak banyak Negara didunia yang memiliki komposisi kaum yang unik seperti Malaysia dapat kekal lama mengharungi konflik dan percaturan hubungan kaum majoriti terhadap minoriti. Hanya dengan pemahaman dan penerimaan terhadap sejarah perjuangan bangsa, tolenransi dan muafakat kaum pribumi serta penghormatan perjanjian social oleh kaum-kaum lainnya barulah usaha membangunkan bangsa Malaysia mengikut acuan yang tersendiri akan berjaya.

1.5 Diatas kesedaran inilah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang didaftarkan oleh pendaftar pertubuhan pada 12hb September, 2008, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bertekad untuk menyedarkan kealpaan bangsa terhadap hak dan tanggungjawab mereka dari kemunduran yang berselimutkan kemajuan. PERKASA bertanggungjawab bagi melindungi hak-hak ini untuk diwariskan kepada generasi pribumi khususnya dan Malaysia umumnya supaya hidup aman dan kekal sepanjang zaman. Hak-hak bangsa pribumi yang dilindungi perlembagaan hanyalah dapat kekal selama “angka” kerusi TERAS politik pribumi dapat terus bertahan dalam jumlah yang mencukupi dan tidak berpecahbelah.


2.0 TUJUAN PENUBUHAN PERKARA (FASAL 4)

2.1 Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan

2.2 Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

2.3 Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu

2.4 Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu

2.5 Memperkasakan kaum Pribumi

2.6 Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia
2.7 Mempertahankan kedaulatan Negara

SERUAN PRESIDEN PERKASA

"Perjuangan PERKASA adalah demi kelangsungan Umat Melayu dan Agama Islam di Tanah Air sendiri dan bukan saperti Melayu Liberal yang hilang identiti atau sesat di tengah hari."
-Datuk Paduka Ibrahim Ali Presiden Perkasa-